Sedekah Membawa Berkat

Sedekah membuka pintu rezeki, jangan kita tutupkan pintu ini. Sedekah menyediakan jalan kebajikan, janagan kita sekatkan jalan ini. Sedekah memandu kelorong kebahagiaan jangan kita sempitkan lorong ini. Firman Allah S.W.T dalam surah al-fajar ayat 15-16 Bermaksud :

” ( Dalam pada ini manusia tidak menghiraukan balasan akhirat ), oleh yang demikian, maka banyak manusia apabila diuji oleh tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, ( ia tidak mahu bersyukur tetepi terus bersikap takbur ) serta berkata dengan sombongnya :”Tuhanku telah memuliakan daku!”, sebaliknya apabila ia diuji oleh tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, ( ia tidak bersabar bahkan resah gelisah ) serta membebel dengan katanya : ”tuhanku telah meghina aku! ”

Mengapa perlu kita bersedekah?. Sedekah dalam ertinya yang luas ialah sesuatu pemberian yang diberikan oleh seseorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara sukareladengan hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah S.W.T. Malah sedekah tidak terhenti pada pemberian sesama manusia, tetapi juga mencakupi mahluk lain yang hidup.Kita perlu bersedekah kerana terdapat banyak ayat-ayat al-quran menggesa dan memerintah kaum muslimin supaya banyak bersedekah. Antaranya firman Allah S.W.T dalam surah al-bakarah ayat 254 Bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman!, belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari ( kiamat ) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman ( yang memberi mamfaat ) serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim”.
 
Harta yang darinya dikeluarkan sedekah akan menjadi subur dan berkembang. Tidak seperti harta riba yang akan musnah, hilang berkatnya dan mengheret tuannya ke neraka.
Allah S.W.T berfirma dalam surah al-bakarah ayat 276 Bermaksud :

” Allah S.W.T kurangkan ( kebaikkan harta yang dijalankan dengan mengambil ) riba dan ia pula mengembangkan ( berkat harta yang dikeluarkan ) sedekah-sedekah dan zakatnya”.
Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :

” Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”.
( Riwayat muslim )

Orang yang diuji dengan sakit, hendaklah berusaha mengubati penyakitnya itu. Salah satu dari caranya adalah dengan memberi sedekah. Rasulullah SAW telah bersabda :

”Ubatikanlah orang sakit diantara kamu dengan sedekah”.

Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa. Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.Sabda rasulullah SAW:

”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

Hukum sedekah :

Ulama’ feqah bersepakat bahawa hukum asal sedekah adalah sunat, berpahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Ada kalanya sedekah menjadi wajib, contoh yang mudah ialah jika seseorang itu bertemu dengan seseorang yang menderita kelaparan teruk hingga mengamcam jiwanya, sementara orang yang melihatnya tadi mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukannya. Maka ketika itu adalah wajib memberikan sedekah padanya. Ada ketikanya sedekah menjadi haram, jika seseorang yang bersedekah itu tahu dengan pasti bahawa penerima akan menggunakannya kejalan maksiat.Sedekah adalah lebih utama dan afdal jika dihulurkan secara diam-diam, berbanding dengan cara yang berterang-terangan. Abu Hurairah r.a ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada menjelaskan :

”Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”.

Kalau anda rasa post ni menarik ..anda boleh tekan botton share dibawah... :D

TSC2012. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Tan Sri Cakedis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena