elak akaun kena hack;

(Gambar sekadar hiasan) XD

XLAWS nak beri sedikit sebanyak tips untuk mengelakkan FB korang kena hack oleh hacker di luar sana tu. Sekurang-kurangnya korang tahu macam mana nak atasi daripada hacker ni. Kang tak pasal-pasal kena hack oleh Jack Sparrow macam gambar kat atas tu.

  • Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. Jadi, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
  • Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pelik dan pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj, http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pelik dan pemendek tersebut. Jadi, berhati-hati la.
  • Gunakan Antivirus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials, Kaspersky Internet SecurityKaspersky PURE dan selalu update.

  • Gunakan Software Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu update.
  • Selalu scan komputer anda dengan Antivirus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
  • Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
  • Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
  • Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
  • Berhati-hati dengan menggunakan Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
  • Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
  • Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
  • Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya. Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
  • Berhati-hati ketika online Facebook anda di kafe siber.
  • Jangan menjadi mangsa keylogger. Sila gunakan Antivirus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keylogger yang menusup masuk ke sistem komputer anda.
  • Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda. Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
  • Jangan cari gaduh atau cabar dengan HACKER!.

Kalau anda rasa post ni menarik ..anda boleh tekan botton share dibawah... :D

TSC2012. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Tan Sri Cakedis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena