JANGAN…..

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.
  • Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Kalau anda rasa post ni menarik ..anda boleh tekan botton share dibawah... :D

TSC2012. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Tan Sri Cakedis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena