(Gambar sekadar hiasan) XD
- Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. Jadi, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
- Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pelik dan pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj, http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pelik dan pemendek tersebut. Jadi, berhati-hati la.
- Gunakan Antivirus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials, Kaspersky Internet SecurityKaspersky PURE dan selalu update.
- Gunakan Software Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu update.
- Selalu scan komputer anda dengan Antivirus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
- Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
- Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
- Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
- Berhati-hati dengan menggunakan Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
- Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
- Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
- Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya. Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
- Berhati-hati ketika online Facebook anda di kafe siber.
- Jangan menjadi mangsa keylogger. Sila gunakan Antivirus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keylogger yang menusup masuk ke sistem komputer anda.
- Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda. Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
- Jangan cari gaduh atau cabar dengan HACKER!.