sebelum ada yang cuba nak buat andaian sendiri, aku nak cakap dulu yang aku ni bukan ustaz..tapi ini untuk bacaan semua.. kongsi ilmu.. :)

Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan
jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan
jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik
untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik)
terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki
yang mulia."
Pada sesetengah pihak,ayat 26
dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap
hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang
baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang
keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri
janjiNya kepada setiap hambaNya.
Dengan kewujudan perkahwinan
seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang
tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang
terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik
dengan yang tidak baik itu?
Yang sebenarnya ayat tersebut
bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan
kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik
yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya,ayat
berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada
umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup
masing-masing.
Untuk memahami ayat tersebut
dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau
latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu
sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah
terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan
jahat dengan seorang lelaki.
kalau ramai yang menganggap
Allah telah menjanjikan pasangan yang baik kepada orang baik dan
pasangan jahat kepada orang jahat, sebenarnya anda telah tersalah..
habis kalau tiba-tiba anda dapat pasangan yang jahat, anda nak salahkan
Allah kerana mungkir janji? anda yang telah tersalah faham ok.. situasi
seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat kita..
contohnya kawan aku sendiri
pernah berkata "abang aku seorang yang baik dan alim, tapi kenapa isteri
dia perangai macam taik? kan lelaki baik untuk perempuan baik?" nak
contoh lain lagi? yang ni aku pasti ramai tau "seorang artis perempuan
terkemuka di malaysia dahulunya seksi tapi selepas berkahwin dengan
ustaz, sampai sekarang dia tidak pernah mendedahkan aurat dia" :)
untuk lebih jelas lagi, kita perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki berzina
tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan
musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki
berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas
orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidak bermaksud
lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan
wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina
sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh
Allah s.w.t.. Ia dimansukhkan oleh Allah s.w.t dalam Surah an-Nur; ayat
32 dan 33 yang bermaksud:
"Dan kahwinlah
orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan
perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya
kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha
Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga
kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan
kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan
pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada
kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang
diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika
mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup
di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu
Pengampun lagi Penyayang."
Dengan pemansukhan itu bermakna
ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau
perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina
sahaja,tidak dengan yang baik.
Sebaliknya ia telah menjadi
umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang
berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang
baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina
atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.
Jadi maknanya, jodoh pertemuan
seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih
pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat
jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu
mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu..
dalam Islam, seseorang yang baik
dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan
manusia.. kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang
dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik
itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau
perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.. ini adalah
dakwah.. ini bukan isu terima 'bekas orang' ataupun terima orang
jahat.. kalau anda tidak mampu melakukan itu, carilah pasangan yang anda
rasakan sesuai untuk anda..
dalam Islam, kalau seseorang tu
telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu..
kalau tidak, berdosa.. sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu
dikira sudah bersih.. even 'bekas orang' pun kalau dia sudah bertaubat,
dia lebih bersih dari yang belum bertaubat.. tetapi masyarakat kita
tidak boleh menerima hakikat ini..
lagi sekali aku nak tegaskan
dalam entry ini, aku bukan menulis entry ini untuk menggalakkan zina
dikalangan masyarakat.. zina itu haram dan boleh mendatangkan banyak
permasalahan terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. kalau
pernah terlanjur dan sudah bertaubat, life must go on :) ingat tu..